Search This Blog

Wednesday, February 3, 2010

FZ full fairing..

dengar-dengar cite fz150i atau V-ixion (Indonesia) yang masuk kat Malaysia ni dah diubahsuai penampilannye...huhuhu...jadi "naked bike" mcm yang kite tgk kt jalan-jalan Malaysia ni...nampak banyak lobang...tapi yang dibekalkan kt tempat lain, India misalnye adalah full fairing...tengok sendiri perbezaannye yang sangat-sangat ketara antara versi Malaysia (fz150i) dan versi India (dikenali sebagai YZF R15)...

Yamaha FZ150i yang ade kat Malaysia nih....

YZF R15 yang ada kat luar... berbezakan...kenapa xjual kat Malaysia macam ni eh....

walaubagaimana pun ada alternatif lain bagi yang berminat nk gune full fairing nih...ada jual kat kedai-kedai moto (pandai-pandai la cari ye...) setakat ni yang tau harga 1 set hampir mencecah RM2k...(lepas minyak motor & maintainnance setaun)... kalau ada sesape yang dapat lagi murah kongsi-kongsi la...

Penjimatan minyak yang berbaloi dengan pelaburan

Dihasilkan daripada teknologi kuasa dan inovasi Yamaha yang cemerlang, FZ150i merupakan motosikal 150cc, 4 injap sejukan cecair yang pertama di Malaysia dengan sistem 'Fuel Injection'. Ia menghasilkan penghantaran kuasa yang sungguh lancar daripada campuran udara dan bahan api yang optimum.-Hong Leong Yamaha Motor-

Motor ni memang harga die agak mahal sket...tapi lepas guna sangat berpuas hati dengan penjimatan minyak die...'full tank' (12 liter) boleh pegi dekat 400km...so sape-sape yang dok main 'long distance' tu sangat-sangat berbaloi la...tak payah nak risau cari petrol pump...dalam keadaan meter minyak da tersadai pun tangki simpanan die bley gerak jauh lagi...setakat ni percubaan nak test tu tak penah lagi mati tepi jalan...boleh gerak dalam 2,3 hari lagi...tapi kelemahan motor ni adalah bagi sape-sape yang gilekan laju...kalau dalam keadaan standard mmended tu jgn berharap sgt la...sbb dlm keadaan standard moto ni tanpa ada ape-ape perubahan hatta pada spoket pun die bley g 140km/j jek paling kuat...tu pun jenuh nk dapat...tapi rpm die pick up...cam rpm kereta...huhuhu...

Spec & Price



Jenis enjin : 4 lejang, 1 silinder sejukan cecair, 4 injap (SHOC)
Gerek x lejang : ( 57mmx 58.7 mm)
Isi padu sesaran : 149.48cc
Kuasa maksimum : 11.1 kw/8500 rpm
Tork maksimum :13.1 Nm/7500 rpm
Nisbah mampatan : 10.4:1
Sistem nyalaan : CD1
Sistem penghidup : Tendang dan elektrik
Sistem Bahan Api: Suntikan (fuel Injection)
Sistem klac : Basah,plat berbilang,manual
Transmisi : 5 kelajuan
Suspensi depan : Fork taleskopik
Suspensi belakang : Tunggal/monoshock
Brek hadapan : Cakera tunggal
Brek belakang : Gelendong
Jenis kerangka : Berbentuk berlian (delatabox)
Saiz tayar depan : 2.75-17 41P
Saiz tayar belakang : 90/90-17 M/C 49P
Tinggi pelana : 760 mm
Tapak roda : 1282 mm
kelegaan bumi : 167mm
P x L x T : (2,000 x 705 x 1035)mm
Berat kering : 98kg
Muatan tangki : 12 liter
Harga Tanpa Duti
6,545.60
Duti
1,252.40
Harga
7,798.00


*harga berubah mengikut tempat dan keadaan (permintaan) semasa...dengar-dengar cerita skang dah naik dekat 9k...

SALAM 1Malaysia...

Blog ini masih lagi baru bertapak dan akan sentiasa di update pada masa akan datang...buat sementara waktu ni minta maaf la ye...
1MALAYSIA 1 motor...peace....